Tuesday, May 15, 2012

SELAMAT HARI GURU



Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara

Selamat Hari Guru buat :

1. Semua guru-guruku di Tadika, SK Air Baruk, Jasin, Melaka (1980-1985), SMK (P) Methodist Kuantan (1986- 1989), SHAH Pekan (1989 - 1990), Matrikulasi UUM (1991-1992), UUM (1992-1996) 

2. Semua guru anak-anakku di PASTI Ibnu Khaldun Chengal Lempong, Balok, Kuantan,  SRI Al-Irsyad Balok, SMA Al Maarif Bukit Goh.

3. Sesiapa jua yang pernah memberi ilmu kepadaku

SELAMAT HARI GURU UNTUKKU DAN UNTUK KAMU

Saturday, January 7, 2012

SMA Al Maarif juga akhirnya

03.01.2012 bersamaan hari Selasa kami melangkah kaki ke SMA Al Maarif untuk daftar Dini bersekolah di sana. Nampaknya kami mampu merancang tetapi akhirnya Allah jua yang menentukan. Memandangkan tidak berjaya ke IMTIAZ & MRSM UA, kami mengambil keputusan memilih SMA Al Maarif , Bukit Goh,  Kuantan untuk Dini menempuh alam persekolahan barunya. Lagipun tawaran ke sekolah ini awal-awal lagi telah diterima.

Kami sampai ke sana (dlm 30 km je dari rumah) pukul 10.00 pagi. Dengar taklimat di surau (masa sampai dah nak habis taklimatnya), beli buku, cadar, selimut, baju rasmi asrama, bayar yuran makan asrama di kelas anak. Bayar setempat je sebabnya semuanya dah dipakej. Semua sekali kena bayar Alhamdulillah tak banyak,  RM390.00 je.Yelah anakku yang bersekolah di Irsyad pun kena bayar dalam RM800 seorang x 2. Satu kelas ada 40 pelajar x 2 kelas. Pengambilan pelajar Ting 1 seramai 80 orang tahun ni. Kelas Alhamdulillah kemas dan selesa.

Selesai urusan di sekolah, kami ke asrama pula. Asrama perempuan 1 blok, asrama lelaki juga 1 blok. Sekolah ni kecil je sebenarnya. Bayangkan bangunan sekolahnya rasanya sama besar dengan Dewan Besar MRSM Gemencheh! Di sana pelajar perempuan Ting 1 ditempatkan 4 orang sebilik. OKlah ada geng. Satu bilik ada 16 orang katil 2 tingkat. Locker pun besar. Tak macam loker asrama saya dulu di SHAH Pekan (22 tahun dulu). Ting 1 diletakkan di tingkat bawah. Takut jatuh katil kot..

Dah siap kemaskan barang dalam locker, tiba masa balik. Ingatkan nak lama sikit dok sana. Tapi si Dini pulak tanya ibu dah nak balik ke sebab dia nak gi makan dengan kawan2 dia. So kami pun balik awal. Takde sesi keluar air matapun sebab anakku ini memang tahan lasak. Aku pulak memang jenis tak kisah. Lagipun apa nak risau best friend Dini masa kat Irsya Balok pun ada 3 orang.

Ha.. bermulalah kehidupan baru buat anakku ini, jauh dari keluarga, kena belajar berdikari. Tetapi Insyaallah beliau pasti boleh melakukannya dengan mudah.

Thursday, December 15, 2011

MRSM @ IMTIAZ. Yang mana patut pergi? Part 1

2 minggu ni memang sibuk betul kami anak-beranak berjalan-jalan. Bukan pergi melancong tapi pergi hadiri temuduga anak yang nak masuk ke Ting 1 tahun 2012.

Temuduga pertama pada 4.12.2011 di Maahad Tahfiz Profesional Tanjung Lumpur. Yang memohon 600 orang tetapi hanya 50 orang akan dipilih. Ramainya. Antara yang dinilai semasa temuduga ialah hafazan, tilawah, tajwid serta ujian bertulis (akademik & personaliti).

Temuduga kedua di Sekolah Menengah Imtiaz Kemaman pada 13.12.2011. yang datang temuduga 1200 tetapi hanya 120 yang akan dipilih. Sama seperti MTP, ujian di sini juga meliputi hafazan, tilawah, tajwid serta ujian bertulis.

Temuduga terakhir di MRSM Ulul Albab Gemencheh pada 15.12.2011. Seperti juga di MTP & Imtiaz, di MRSM juga Dini kena menjalani ujian hafazan, tilawah, ujian bertulis serta tulisan jawi.

Eh, kenapa kat MRSM kena hafazan juga? Sebenarnya semua sekolah yang kami pilih ni adalah sekolah untuk melahirkan hafiz/hafizah profesional. Sebab itulah syarat utama kemasukan selain daripada cemerlang akademik (5A UPSR) mesti juga boleh menghafaz ayat Al-Quran yang diberi dalam masa 30 minit.

Ha... dapat ke tidak? macamana temuduganya? bersambung lagi pi Part 2