Thursday, December 15, 2011

MRSM @ IMTIAZ. Yang mana patut pergi? Part 1

2 minggu ni memang sibuk betul kami anak-beranak berjalan-jalan. Bukan pergi melancong tapi pergi hadiri temuduga anak yang nak masuk ke Ting 1 tahun 2012.

Temuduga pertama pada 4.12.2011 di Maahad Tahfiz Profesional Tanjung Lumpur. Yang memohon 600 orang tetapi hanya 50 orang akan dipilih. Ramainya. Antara yang dinilai semasa temuduga ialah hafazan, tilawah, tajwid serta ujian bertulis (akademik & personaliti).

Temuduga kedua di Sekolah Menengah Imtiaz Kemaman pada 13.12.2011. yang datang temuduga 1200 tetapi hanya 120 yang akan dipilih. Sama seperti MTP, ujian di sini juga meliputi hafazan, tilawah, tajwid serta ujian bertulis.

Temuduga terakhir di MRSM Ulul Albab Gemencheh pada 15.12.2011. Seperti juga di MTP & Imtiaz, di MRSM juga Dini kena menjalani ujian hafazan, tilawah, ujian bertulis serta tulisan jawi.

Eh, kenapa kat MRSM kena hafazan juga? Sebenarnya semua sekolah yang kami pilih ni adalah sekolah untuk melahirkan hafiz/hafizah profesional. Sebab itulah syarat utama kemasukan selain daripada cemerlang akademik (5A UPSR) mesti juga boleh menghafaz ayat Al-Quran yang diberi dalam masa 30 minit.

Ha... dapat ke tidak? macamana temuduganya? bersambung lagi pi Part 2

No comments:

Post a Comment