Antara ucapan yang diterima dari sahabat seperjuangan nun di Langkawi sempena Hari Guru. (Tq Malriyati).
Sangat mulia kerja kita (guru), tapi kita sering dikata berkira.
Sibuknya kita... tapi sering dikata kita tak ada kerja.
Penatnya kita mendidik anak bangsa namun guru sering disebut sangatlah manja.
Tapi...... kita tetap seorang guru yang setia.
Teruskanlah perjuangan yang mulia ini.
Ikhlaskanlah hati walau apa yang dikata.
Ingatlah bahawa keredhaan Illahi itulah yang dicari demi kehidupan abadi.
Selamat Hari Guru.
# Hanya guru yang tahu suka duka kehidupan seorang guru-
Tuesday, May 15, 2012
SELAMAT HARI GURU
Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara
Selamat Hari Guru buat :
1. Semua guru-guruku di Tadika, SK Air Baruk, Jasin, Melaka (1980-1985), SMK (P) Methodist Kuantan (1986- 1989), SHAH Pekan (1989 - 1990), Matrikulasi UUM (1991-1992), UUM (1992-1996)
2. Semua guru anak-anakku di PASTI Ibnu Khaldun Chengal Lempong, Balok, Kuantan, SRI Al-Irsyad Balok, SMA Al Maarif Bukit Goh.
3. Sesiapa jua yang pernah memberi ilmu kepadaku
SELAMAT HARI GURU UNTUKKU DAN UNTUK KAMU
Saturday, January 7, 2012
SMA Al Maarif juga akhirnya
03.01.2012 bersamaan hari Selasa kami melangkah kaki ke SMA Al Maarif untuk daftar Dini bersekolah di sana. Nampaknya kami mampu merancang tetapi akhirnya Allah jua yang menentukan. Memandangkan tidak berjaya ke IMTIAZ & MRSM UA, kami mengambil keputusan memilih SMA Al Maarif , Bukit Goh, Kuantan untuk Dini menempuh alam persekolahan barunya. Lagipun tawaran ke sekolah ini awal-awal lagi telah diterima.
Kami sampai ke sana (dlm 30 km je dari rumah) pukul 10.00 pagi. Dengar taklimat di surau (masa sampai dah nak habis taklimatnya), beli buku, cadar, selimut, baju rasmi asrama, bayar yuran makan asrama di kelas anak. Bayar setempat je sebabnya semuanya dah dipakej. Semua sekali kena bayar Alhamdulillah tak banyak, RM390.00 je.Yelah anakku yang bersekolah di Irsyad pun kena bayar dalam RM800 seorang x 2. Satu kelas ada 40 pelajar x 2 kelas. Pengambilan pelajar Ting 1 seramai 80 orang tahun ni. Kelas Alhamdulillah kemas dan selesa.
Selesai urusan di sekolah, kami ke asrama pula. Asrama perempuan 1 blok, asrama lelaki juga 1 blok. Sekolah ni kecil je sebenarnya. Bayangkan bangunan sekolahnya rasanya sama besar dengan Dewan Besar MRSM Gemencheh! Di sana pelajar perempuan Ting 1 ditempatkan 4 orang sebilik. OKlah ada geng. Satu bilik ada 16 orang katil 2 tingkat. Locker pun besar. Tak macam loker asrama saya dulu di SHAH Pekan (22 tahun dulu). Ting 1 diletakkan di tingkat bawah. Takut jatuh katil kot..
Dah siap kemaskan barang dalam locker, tiba masa balik. Ingatkan nak lama sikit dok sana. Tapi si Dini pulak tanya ibu dah nak balik ke sebab dia nak gi makan dengan kawan2 dia. So kami pun balik awal. Takde sesi keluar air matapun sebab anakku ini memang tahan lasak. Aku pulak memang jenis tak kisah. Lagipun apa nak risau best friend Dini masa kat Irsya Balok pun ada 3 orang.
Ha.. bermulalah kehidupan baru buat anakku ini, jauh dari keluarga, kena belajar berdikari. Tetapi Insyaallah beliau pasti boleh melakukannya dengan mudah.

Subscribe to:
Posts (Atom)