2 minggu ni memang sibuk betul kami anak-beranak berjalan-jalan. Bukan pergi melancong tapi pergi hadiri temuduga anak yang nak masuk ke Ting 1 tahun 2012.
Temuduga pertama pada 4.12.2011 di Maahad Tahfiz Profesional Tanjung Lumpur. Yang memohon 600 orang tetapi hanya 50 orang akan dipilih. Ramainya. Antara yang dinilai semasa temuduga ialah hafazan, tilawah, tajwid serta ujian bertulis (akademik & personaliti).
Temuduga kedua di Sekolah Menengah Imtiaz Kemaman pada 13.12.2011. yang datang temuduga 1200 tetapi hanya 120 yang akan dipilih. Sama seperti MTP, ujian di sini juga meliputi hafazan, tilawah, tajwid serta ujian bertulis.
Temuduga terakhir di MRSM Ulul Albab Gemencheh pada 15.12.2011. Seperti juga di MTP & Imtiaz, di MRSM juga Dini kena menjalani ujian hafazan, tilawah, ujian bertulis serta tulisan jawi.
Eh, kenapa kat MRSM kena hafazan juga? Sebenarnya semua sekolah yang kami pilih ni adalah sekolah untuk melahirkan hafiz/hafizah profesional. Sebab itulah syarat utama kemasukan selain daripada cemerlang akademik (5A UPSR) mesti juga boleh menghafaz ayat Al-Quran yang diberi dalam masa 30 minit.
Ha... dapat ke tidak? macamana temuduganya? bersambung lagi pi Part 2
Thursday, December 15, 2011
Sunday, November 20, 2011
TAHNIAH DINI , 5A UPSR 2011
Tahniah untuk anak sulungku, Nur Dini kerana dapat 5A dalam UPSR dan 9A dalam SPPIM. Alhamdulillah berkat usaha berlipat ganda bukan saja oleh anakku tapi juga oleh para mualim/mualimah SRI Al-Irsyad Balok, Kuantan.
Tahniah buat SRI Al-Irsyad, Balok juga kerana 20% pelajarnya berjaya dapat 5A (12 orang). Bertambah 10 orang berbanding tahun lepas. Tahniah!Tahniah!Tahniah!
Tahniah buat SRI Al-Irsyad, Balok juga kerana 20% pelajarnya berjaya dapat 5A (12 orang). Bertambah 10 orang berbanding tahun lepas. Tahniah!Tahniah!Tahniah!
Saturday, April 30, 2011
Wah, "indahnya" bahasa !
Semalam, Jumaat 29 April 2011 aku ke bank kepala rimau di Jln Beserah. Nak masukkan duit. Wow, duit aku ke? Taklah, kalau duit aku tak pernahnya masuk ke bank, memanjang bawak keluar.
Ni, nak masuk duit koop. Yelah akukan penjaga wang aka bendahari. Dahlah nak cari parking sekian hal. Dekat 20 minit berpusing baru dapat. Dalam bank pulak ramainya orang. Agaknya sebab Isnin 1 Mei cuti, tu yang ramai pakat gi bank.
Aku seperti biasa menuju ke bilik khas untuk masukkan duit. Bila tiba giliran aku, seperti biasa aku keluarkan duit-duit yang dibawa. Mamat dan minah kat kaunter tu bila tengok je duit RM1 terus tension. Si mamat tu siap sound kat aku.
Mamat : "Lain kali duit singgit ni boleh tak bawa sikit-sikit. Banyak ni mana sempat nak kira"
Aku : Dah hari ni je boleh gi bank. Nak buat macamana? Akak ni cikgu, mana boleh keluar sembarangan.
Mamat : Ala, takkan tak boleh keluar kejap. Leceh nak kira duit singgit ni.
Aku : Wah, senangnya cakap, sekolah saya bukannya dekat. Kat pelabuhan tu. Mana sempat nak datang selalu.
(Aku dah panas dah. Si mamat sekor ni nak je aku laser. Tapi memandangkan aku ni cikgu, kenalah jaga kecikguan aku. Kalau kat sekolah siap.... Lagipun duit RM1 tu dalam 4000 je, bukan 4 juta.)
Minah tu pulak menyampuk : Tinggal je duit ni nanti kitorang kira. Ramai orang kat belakang. Nanti lambat nak kira.
Aku pun kata ok jelah, malas nak bertekak. Mentang-mentanglah aku bawak duit RM1 diorang buat tak layan je. Dah jual barang kat budak2 sekolah, tentulah banyak dapat duit RM1. Lagipun duit note yg besar boleh guna CDM.
Tapi memang berlagak betullah mamat tu. Rasanya baru je kerja. Setakat keje kira duit orang pun dah besar kepala. Umur pun baru awal 20an. Dah berapa org cashier bank kepala rimau yg aku jumpa (5 orang) selama aku berurusan di bank itu selama 5 tahunbelum lagi dapat menandingi kebaikan sorang pompuan cina (namanya x ingat plak). Dialah yg paling baik.
Mamat & minah tu? No.5 & no 4 lah.
Si minah tu pun sama je. Sebelum ni pun dah mmg bengang dgn aku. Yelah dia kata kalau duit lebih 2000 keping kena caj. Aku kata boleh, tapi kena ada resitlah. Kalau tak mcmn nak claim dgn koop. Terus dia tak caj. Tapi bila dok kira duit tu muka tension semacam je. Kalau ikutkan nak je tutup akaun kat bank ni. Tak mesra pelanggan langsung.
Hmmm sabar jelah....

Saturday, April 2, 2011
Bila umur bertambah 1 angka
Hari ini umurku bertambah 1 angka. 38 tahun. 2 tahun lagi akan jadi 40 tahun. Wah dah bertambah umur. Malam tadi hubby belanja kami semua makan-makan di Garden Seafood, Kuantan. TQ hubby. Terharu bila anakku yang darjah 1 bagi hadiah.... duit. Itupun duit dari tabungnya.
p/s: Hubby, hadiah tak ada ke?
p/s: Hubby, hadiah tak ada ke?
Wednesday, March 23, 2011
Result SPM 2010
Result SPM keluar hari ni, 23 Mac 2011. Lewat dari kebiasaan. Bukan student je yg berdebar tunggu result, kami yg dok mengajar diorang ni pun ketar lutut. Yelah kalau student excel, alhamdulillah. Kalau result menjunam, sadakallahulazim.... Dan sebagaimana dijangka, result kami menjunam berbanding tahun 2009. Tak ada pun yg cemerlang. Best student pun dapat 5A je... Huhuhu... nampaknya kena cover baliklah tahun 2011 ni. Tahniah pada yg berjaya, yang tak berjaya, ingatlah, ini bukan akhir sebuah kehidupan. Yang penting muhasabah diri dan berusaha ke arah kehidupan yang lebih baik selepas ini.
p/s: Tahniah pada Hilman, dapat A+ Add math, juga Nadia A dalam akaun.
p/s: Tahniah pada Hilman, dapat A+ Add math, juga Nadia A dalam akaun.
Sunday, February 20, 2011
Gila kuasa vs Gila kerja
Orang baru, biasalah. Rajin terlampau. Habis semua kerja orang nak ditolongnya. Nah, bila dah tak larat mulalah tension. Kerja sendiri jugak yang terbengkalai. Itulah. rajin sangat. Lain kali belajar dengan senior. Hello cik kak, kau ni rasanya bukan gila kuasa tapi gila kerja. Asal jangan gila sebab kerja udahlah ye....
Friday, January 14, 2011
Babyku dah meniarap
Alhamdulillah hari ini babyku Muhammad Haziq Hilmi dan memasuki fasa baru dalam hidupnya. Baby dah pandai meniarap pada pukul 9.00 pagi setelah berhempas pulas sebelum itu. Hari ini Hilmi berumur tepat 4 bulan 2 hari.
Subscribe to:
Posts (Atom)