Thursday, December 30, 2010
Hujan oh hujan
Masuk hari ini dah 4 hari hujan turun tanpa henti di Kuantan. Semalam beberapa buah rumah di Sg Karang Darat banjir. Ingat nak pergi sekolah semalam kerana ada mesyuarat panitia dan buka koop (hmmm ginilah nasib cikgu, cuti-cuti pun ada mesyuarat), tiba-tiba member beritahu jalan tak ke sekolah tak boleh lalu kerana air dah naik. Air dah melimpah di SK Pelabuhan. Mujur tak sampai ke SMK Pelabuhan. Kalau tak habis stok buku kitorang basah. So, pusing balik rumah. Koop pun tak bukalah pada hari Khamis. Rupa-rupanya ada juga parents datang nak beli buku. (macamana diorang redah banjir ye?). Kepada parents yang terlibat, minta maaflah banyak-banyak. Bukan sengaja tak nak buka.
Wednesday, December 15, 2010
Kempen Selamatkan Bumi Kita
Jom sama-sama selamatkan bumi. Mudah saja.
1. Bila ke kedai, kurangkan penggunaan beg plastik. Lagi bagus jika bawa beg sendiri. Perkara remeh bagi anda tapi manfaatnya amat besar. Saya sudah amalkannya. Lagipun apa guna beg plastik yang banyak itu . Menyemak saja kat rumah kita.

Monday, December 13, 2010
Majalah SOLUSI - Panduan Hidup Bersyariat
Untuk bahagia, berjaya dan tenang dalam hidup kita mesti jelas tentang APA YANG PALING PENTING DALAM HIDUP INI dan membuat keputusan untuk hidup dengannya tidak kira apapun yang terjadi.
Membaca kata-katalah itulah yang memyebabkan aku terus tertarik untuk membeli Majalah SOLUSI. Selama ini ku sangka ianya adalah majalah bulanan biasa sama seperti majalah lain. Selepas membacanya, sangkaanku selama ini jauh meleset. Ianya padat dengan ilmu yang ku dahaga selama ini. Membacanya terasa dahaga hilang, hati menjadi tenang dan hidup terasa lebih bermakna. Bacalah ia untuk mengetahui apa yang telah ku alami.
SOLUSI ~ Dunia hanya bernilai apabila dimanfaatkan untuk akhirat.

Thursday, December 9, 2010
Exam dah habis
Alhamdulillah, lega rasanya bila paper akaun spm dah selesai semalam. (9/12/2010). Eh, macam saya pulak yang ambil. Biasalah, anak murid yang nak exam, cikgu yang berdebar. Bolehlah rileks lepas ni. Tahun depan kena susun strategi baru pula untuk exam SPM 2011 pula. Hmmm... macam nilah kerja seorang guru. Tak pernah habis.........sabar ajelah.
Monday, December 6, 2010
Salam Maal Hijrah 1432H
Salam Maal Hijrah untuk semua. Moga di tahun baru ini kita diberi kekuatan untuk bersabar dalam mencapai segala yang dihajati.
Rancang dengan rapi, bulatkan tekad, laksanakan segala yang dirancang dengan teliti, tawakkal kepada Allah dan bersabar. Insyaallah segala yang dihajati pasti menjadi. Lambat atau cepat, hanya Dia yang Maha Mengetahui.

Subscribe to:
Posts (Atom)