Saturday, April 30, 2011

Wah, "indahnya" bahasa !

Semalam, Jumaat 29 April 2011 aku ke bank kepala rimau di Jln Beserah. Nak masukkan duit. Wow, duit aku ke? Taklah, kalau duit aku tak pernahnya masuk ke bank, memanjang bawak keluar.
Ni, nak masuk duit koop. Yelah akukan penjaga wang aka bendahari. Dahlah nak cari parking sekian hal. Dekat  20 minit berpusing baru dapat. Dalam bank pulak ramainya orang. Agaknya sebab Isnin 1 Mei cuti, tu yang ramai pakat gi bank.
Aku seperti biasa menuju ke bilik khas untuk masukkan duit. Bila tiba giliran aku, seperti biasa aku keluarkan duit-duit yang dibawa. Mamat dan minah kat kaunter tu bila tengok je duit RM1 terus tension. Si mamat tu siap sound kat aku.
Mamat : "Lain kali duit singgit ni boleh tak bawa sikit-sikit. Banyak ni mana sempat nak kira"
Aku : Dah hari ni je boleh gi bank. Nak buat macamana? Akak ni cikgu, mana boleh keluar sembarangan.
Mamat : Ala, takkan tak boleh keluar kejap. Leceh nak kira duit singgit ni.
Aku : Wah, senangnya cakap, sekolah saya bukannya dekat. Kat pelabuhan tu. Mana sempat nak datang selalu.
(Aku dah panas dah. Si mamat sekor ni nak je aku laser. Tapi memandangkan aku ni cikgu, kenalah jaga kecikguan aku. Kalau kat sekolah siap.... Lagipun duit RM1 tu dalam 4000 je, bukan 4 juta.)
Minah tu pulak menyampuk : Tinggal je duit ni nanti kitorang kira. Ramai orang kat belakang. Nanti lambat nak kira.
Aku pun kata ok jelah, malas nak bertekak. Mentang-mentanglah aku bawak duit RM1 diorang buat tak layan je. Dah jual barang kat budak2 sekolah, tentulah banyak dapat duit RM1. Lagipun duit note yg besar boleh guna CDM.
Tapi memang berlagak betullah mamat tu. Rasanya baru je kerja. Setakat keje kira duit orang pun dah besar kepala. Umur pun baru awal 20an. Dah berapa org cashier bank kepala rimau yg aku jumpa (5 orang) selama aku berurusan di bank itu selama 5 tahunbelum lagi dapat menandingi kebaikan sorang pompuan cina (namanya x ingat plak). Dialah yg paling baik.
Mamat & minah tu? No.5 & no 4 lah.

Si minah tu pun sama je. Sebelum ni pun dah mmg bengang dgn aku. Yelah dia kata kalau duit lebih 2000 keping kena caj. Aku kata boleh, tapi kena ada resitlah. Kalau tak mcmn nak claim dgn koop. Terus dia tak caj. Tapi bila dok kira duit tu muka tension semacam je. Kalau ikutkan nak je tutup akaun kat bank ni. Tak mesra pelanggan langsung.

Hmmm sabar jelah....

Saturday, April 2, 2011

Bila umur bertambah 1 angka

Hari ini umurku bertambah 1 angka. 38 tahun. 2 tahun lagi akan jadi 40 tahun. Wah dah bertambah umur. Malam tadi hubby belanja kami semua makan-makan di Garden Seafood, Kuantan. TQ hubby. Terharu bila anakku yang darjah 1 bagi hadiah.... duit. Itupun duit dari tabungnya.

p/s: Hubby, hadiah tak ada ke?

Wednesday, March 23, 2011

Result SPM 2010

Result SPM keluar hari ni, 23 Mac 2011. Lewat dari kebiasaan. Bukan student je yg berdebar tunggu result, kami yg dok mengajar diorang ni pun ketar lutut. Yelah kalau student excel, alhamdulillah. Kalau result menjunam, sadakallahulazim.... Dan sebagaimana dijangka, result kami menjunam berbanding tahun 2009. Tak ada pun yg cemerlang. Best student pun dapat 5A je... Huhuhu... nampaknya kena cover baliklah tahun 2011 ni.  Tahniah pada yg berjaya, yang tak berjaya, ingatlah, ini bukan akhir sebuah kehidupan. Yang penting muhasabah diri dan berusaha ke arah kehidupan yang lebih baik selepas ini.


p/s: Tahniah pada Hilman, dapat A+ Add math, juga Nadia A dalam akaun.