Wednesday, March 23, 2011

Result SPM 2010

Result SPM keluar hari ni, 23 Mac 2011. Lewat dari kebiasaan. Bukan student je yg berdebar tunggu result, kami yg dok mengajar diorang ni pun ketar lutut. Yelah kalau student excel, alhamdulillah. Kalau result menjunam, sadakallahulazim.... Dan sebagaimana dijangka, result kami menjunam berbanding tahun 2009. Tak ada pun yg cemerlang. Best student pun dapat 5A je... Huhuhu... nampaknya kena cover baliklah tahun 2011 ni.  Tahniah pada yg berjaya, yang tak berjaya, ingatlah, ini bukan akhir sebuah kehidupan. Yang penting muhasabah diri dan berusaha ke arah kehidupan yang lebih baik selepas ini.


p/s: Tahniah pada Hilman, dapat A+ Add math, juga Nadia A dalam akaun. 

Sunday, February 20, 2011

Gila kuasa vs Gila kerja

Orang baru, biasalah. Rajin terlampau. Habis semua kerja orang nak ditolongnya. Nah, bila dah tak larat mulalah tension. Kerja sendiri jugak yang terbengkalai. Itulah. rajin sangat. Lain kali belajar dengan senior. Hello cik kak, kau ni rasanya bukan gila kuasa tapi gila kerja. Asal jangan gila sebab kerja udahlah ye....

Friday, January 14, 2011

Babyku dah meniarap

Alhamdulillah hari ini babyku Muhammad Haziq Hilmi dan memasuki fasa baru dalam hidupnya. Baby dah pandai meniarap pada pukul 9.00 pagi setelah berhempas pulas sebelum itu. Hari ini Hilmi berumur tepat 4 bulan 2 hari.