Sunday, February 20, 2011
Gila kuasa vs Gila kerja
Orang baru, biasalah. Rajin terlampau. Habis semua kerja orang nak ditolongnya. Nah, bila dah tak larat mulalah tension. Kerja sendiri jugak yang terbengkalai. Itulah. rajin sangat. Lain kali belajar dengan senior. Hello cik kak, kau ni rasanya bukan gila kuasa tapi gila kerja. Asal jangan gila sebab kerja udahlah ye....
Friday, January 14, 2011
Babyku dah meniarap
Alhamdulillah hari ini babyku Muhammad Haziq Hilmi dan memasuki fasa baru dalam hidupnya. Baby dah pandai meniarap pada pukul 9.00 pagi setelah berhempas pulas sebelum itu. Hari ini Hilmi berumur tepat 4 bulan 2 hari.
Thursday, December 30, 2010
Hujan oh hujan
Masuk hari ini dah 4 hari hujan turun tanpa henti di Kuantan. Semalam beberapa buah rumah di Sg Karang Darat banjir. Ingat nak pergi sekolah semalam kerana ada mesyuarat panitia dan buka koop (hmmm ginilah nasib cikgu, cuti-cuti pun ada mesyuarat), tiba-tiba member beritahu jalan tak ke sekolah tak boleh lalu kerana air dah naik. Air dah melimpah di SK Pelabuhan. Mujur tak sampai ke SMK Pelabuhan. Kalau tak habis stok buku kitorang basah. So, pusing balik rumah. Koop pun tak bukalah pada hari Khamis. Rupa-rupanya ada juga parents datang nak beli buku. (macamana diorang redah banjir ye?). Kepada parents yang terlibat, minta maaflah banyak-banyak. Bukan sengaja tak nak buka.
Subscribe to:
Posts (Atom)